Entry: Sampai bile aku harus di seksa begini? Wednesday, October 11, 2006



 

masih terbayang lagi saat itu...
kau membuka pakaianku satu persatu...
bibirku dicium tanpa rasa jemu...
aku lemas dalam pelukan dan dakapanmu...
ku puaskan nafsumu...
ku turutkan saja apa saja yang kau mahu...
dari rambut sehingga ke hujung kakiku...
kau terokainya tanpa rasa jemu...
lama kelamaan keseronokkan itu kita layari setiap kali bertemu...
akhirnya aku mula hanyut dalam duniamu...
dan akibatnyaakujadi tak menentu...

aku mula tertanya-tanya pada diri sendiri..
di mana kebahagiaan..di mana kegembiraan...

kebahagiaan... kegembiraan...
semua insan di dunia ini inginkan kebahagiaan, inginkan kegembiraan bersama insan yang tersayang... .
airmataku ini mengalir tanpa henti apabila ku sedar semua itu hanya mimpi yang hanya berulang-ulang

kini aku mula sedar..

aku sedang menerima balasan
kerana lupa pada Tuhan,
terlau ikutkan nafsu syaitan
derhaka kepada ibu yang banyak berkorban... .

kerana CINTA... aku lupakan PENCIPTAku
kerana CINTA... aku lupakan ibu
kerana CINTA... aku lupakan kebahagiaanku
kerana CINTA... aku korbankan maruahku
kerana CINTA... aku mula lupa siapa diriku
kerana CINTA... aku ditipu
kerana CINTA... aku hampir di madu
sampai bila aku akan disiksa sebegini

kini...
aku malu...
aku malu dengan PENCIPTAku...
aku malu untuk berdepan dengan ibu dan keluargaku yang amat menyayangi diriku walaupun aku telah mengecewakan mereka..
aku malu dengan mereka yang berada disekelilingku...

airmata mengalir tanpa henti..
apakah kesudahan hidupku ini...
dipermainkan..dipersendakan..diperbodohkan...
semuanya salahku kerana terlalu dahagakan kasih sayang seorang lelaki..

kenapa aku perlu setia pada dia?
kenapa aku perlu terus menantinya?
kenapa aku perlu meratapi pembohongannya?
kenapa aku perlu terus musnahkan diriku kerana si dia?

aku cuma mahukan mereka yang ku sayang bahagia dan gembira... akhirnya aku yang merana... .

dia...
mengajarku erti kehidupan...
memberiku peluang untuk berdepan dengan pelbagai pengalaman..
membiarkan aku menangis siang dan malam...
menghinaku bila merasa dirinya terancam...
membelaiku bila rasa dirinya memerlukan perhatian...

dia... .
telah ku serahkan segalanya...
tanpa ku sedar erti dosa... .
akhirnya aku yang merana...
aku lupa..
aku seorang wanita... hanya punya satu benda berharga...
tapi... dia berjaya juga akhirnya...
memujuk..merayu...
akhirnya aku tewas juga dalam dakapannya...

kini..aku hampir gila dibuatnya...
namunku kuatkan semangat demi mereka..
Keluargaku yang tercinta...
Yang sanggup menerimaku seadanya...

Ya Tuhan...
dimanakah lelaki yang dapat berikan aku kebahagiaan?
Ya Tuhan...
lelaki yang dapat memberikan aku sinar dan petunjuk jalan..
kesyurgaMU yang menjadi idaman setiap insan...
di mana dia insan yang bergelar lelaki beriman dan budiman?
YA Tuhan...
sudah pupuskah lelaki yang mampu membahagiakan aku sehingga ke akhirat sana..?
aku hanya insan yang lemah dari tulang rusuk kiri yang bengkok memerlukan perhatian dan kasih sayangnya..
di manakah dia

Berikanlah aku kekuatan wahai Tuhan... agar aku mampu meneruskan perjalanan tanpa mengambil keputusan untuk menamatkan kehidupan dengan jalan yang tidak diperkenankan olehMU tuhan...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments